Christian Federation of Malaysia (CFM) Media Statement on this year’s Merdeka/Malaysian Independence Day and Malaysia Day:
CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA
(PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA)
29th August 2012
CFM MEDIA STATEMENT
Merdeka Day & Malaysia Day 2012
Invest In The Future Of Malaysia
Together with all Malaysians we give thanks to Almighty God as we celebrate our 55th anniversary of Merdeka and on 16th September we will enter into the 50th year of the founding of Malaysia.
In this celebratory occasion let us dream a new dream for all Malaysians. We pray to Almighty God that He will grant us a new vision of Malaysia for ourselves and all our children.
We are a nation truly blessed with so much potential in our multi-ethnic, multicultural and multi-religious communities.
Let us forge ahead and invest in building a progressive and better Malaysia for all of us. Let us mutually share all our resources, our wealth and opportunities and be a model nation to the nations around us.
We can begin to do this by loving God and our neighbours as ourselves. Let us be responsible citizens of our beloved Malaysia. Let us care for those in need like the orphans and widows. May we meet the needs of the marginalised and others left by the wayside. In concert, let us jointly prosper our neighbours first.
As Malaysians we step forward together in unity and harmony for all Malaysians and not pay heed to the strident voices of some with their narrow interests.
The churches and Christians join all Malaysians in praying for the good health and well-being of our King and Queen, the Rulers and all the Yang di-Pertua Negeri, the Prime Minister and his Cabinet, the Mentris Besar and Chief Ministers of the states, our parliamentarians and members of the state legislatures, and all the men and women who carry out their duties and responsibilities in the interest of all Malaysians.
Let us desire that justice and righteousness abound all the more and also the strengthening of our common bonds of friendship, unity and harmony amongst all peoples and religions in our beloved Malaysia.
Bishop Datuk Ng Moon Hing Chairman |
Bishop Emeritus Antony Selvanayagam Vice-Chairman |
Bishop Datuk Dr. Thomas Tsen Vice-Chairman |
Rev. Dr. Eu Hong Seng Vice-Chairman |
Kenyataan Akhbar CFM
Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia 2012
Melabur Dalam Masa Depan Malaysia
Bersama semua rakyat Malaysia, kami memanjatkan syukur kepada Tuhan yang Maha Kuasa sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan yang ke-55, dan pada 16hb. September kita akan memasuki tahun ke-50 sejak penubuhan negara Malaysia.
Dalam suasana perayaan ini, mari kita mengimpikan sebuah impian baru untuk semua rakyat Malaysia. Kami berdoa kepada Tuhan yang Maha Kuasa agar Dia akan memberi kita sebuah wawasan baru untuk diri kita dan anak cucu kita. Negara kita diberkati dengan potensi yang begitu besar dalam bentuk masyarakat berbilang bangsa, budaya dan agama.
Mari kita mara ke hadapan dan membuat pelaburan untuk membina sebuah Malaysia yang lebih maju dan lebih baik untuk kita semua. Mari kita berkongsi sumber, kekayaan dan peluang yang dimiliki dan menjadi sebuah negara contoh kepada negara-negara di sekeliling kita.
Kita boleh mula mengorak langkah dengan mengasihi Tuhan dan jiran kita seperti diri kita sendiri. Mari kita menjadi warganegara yang bertanggungjawab untuk Malaysia yang tercinta. Mari kita mengambil berat tentang mereka yang berada di dalam kesusahan seperti anak-anak yatim piatu dan balu-balu. Mari kita memenuhi keperluan mereka yang dipinggirkan dan yang ditinggalkan.
Secara bersepadu, mari kita mengutamakan kemakmuran jiran kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu melangkah ke hadapan dalam semangat bersatu padu dan harmoni dan mengabaikan suara bingit golongan-golongan yang mempunyai kepentingan sendiri.
Gereja-gereja dan umat Kristian menyertai semua rakyat Malaysia untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Sultan-sultan dan semua Yang di-Pertua Negeri, Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, Mentri-mentri Besar dan Ketua-ketua Menteri, semua wakil rakyat dan wakil dewan undangan negeri, serta semua pegawai yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi kepentingan rakyat Malaysia.
Mari kita mengidamkan keadilan dan kesalihan yang semakin melimpah dan pengukuhan perikatan persabahatan, perpaduan dan keharmonian di kalangan semua penduduk di bumi Malaysia yang tercinta.
Tandatangan
Uskup Datuk Ng Moon Hing Pengerusi |
Uskup Emeritus Antony Selvanayagam Naib Pengerusi |
Uskup Datuk Dr. Thomas Tsen Naib Pengerusi |
Rev. Dr. Eu Hong Seng Naib Pengerusi |