alkitabberitabaik

4hb April 2014

Kerajaan Negeri Selangor Mengelak Tanggungjawab

Dilaporkan pada 2 April 2014 Kerajaan Negeri Selangor telah menasihati Lembaga Alkitab Malaysia (BSM) untuk menulis kepada Peguam Negara meminta pembebasan terhadap Alkitab yang disita dari premis mereka pada 2 Januari 2014.

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) kecewa dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam cubaannya mencuci tangan dalam perkara itu.

Hakikatnya bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang bertindak di bawah kuasa yang kononnya diberikan kepadanya oleh enakmen Negeri, menyerbu premis BSM dan merampas lebih 300 buah Alkitab dan Bup Kudus, Alkitab ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Iban masing-masing. Alkitab ini masih dalam simpanan mereka.

Pegawai-pegawai JAIS hanya berkuasa bertindak selepas berunding dan atas nasihat Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor bertanggungjawab terhadap serbuan BSM, JAIS bertindak sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri Selangor. Oleh itu, adalah bertentangan jika Kerajaan Negeri Selangor sekarang meminta BSM untuk melihat kepada Peguam Negara untuk menyelesaikan perkara ini.

CFM menggesa dengan tegas Kerajaan Negeri Selangor untuk bertindak tanpa berlengah-lengah lagi mengarahkan pemulangan dengan selamat dan segera Alkitab kepada BSM.

Ia adalah satu cadangan yang lucu bahawa JAIS mempunyai kuasa tertentu untuk menyita Alkitab, dan bahawa hanya dengan kelulusan dan kebenaran Peguam Negara bahawa Alkitab yang sama boleh di lepaskan. Ini adalah tidak lain daripada ‘menolak tanggungjawab’, dan sama sekali tidak boleh diterima.

Kerajaan Negeri Selangor adalah berkewajipan untuk bertindak dalam perkara ini dan tidak mengelakkan dari bertanggungjawab. Perintahkan pengembalian Alkitab itu sekarang.

Ditandatangani

Rev. Dr. Eu Hong Seng,
Pengerusi dan Jawatankuasa Eksekutif,
Persekutuan Kristian Malaysia

Muat turun Kenyataan Akhbar CFM ini dalam Bahasa Malaysia

 

Advertisements

We'd love to hear from you! Leave us a comment.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s